fb fb fb fb fb

Karnival Usahawan Melaka : Sesi padanan perniagaan catat potensi jualan RM14.97 juta

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin/ Foto SUK Melaka

KLEBANG, 28 September - Karnival Usahawan Melaka dan Pesta Makanan sempena Hari Pelancongan Dunia (WTD) di Melaka memberi manfaat kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Seramai 133 usahawan terlibat dalam sesi padanan perniagaan bersama 15 pemain industri perniagaan melibatkan pasaraya dan stesen minyak.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin berkata, sesi padanan itu mencatat nilai potensi jualan sebanyak RM14.97 juta.

"Tahun ini kita buat di sini. Bagi saya, memang ada keperluan untuk buat acara ini setiap tahun. Ia penting untuk membantu usahawan di Melaka kerana ia memudah cara mereka mendapatkan bantuan. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk temu duga terus dengan pemain-pemain pasaran", katanya.
 
Karnival Usahawan Melaka dan Pesta Makanan sempena Hari Pelancongan Dunia berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.
 
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Layang-Layang Antarabangsa Dan Karnival Usahawan sempena Hari Pelancongan Dunia di Klebang, Melaka.
 

ROSLINA BINTI DIN