fb fb fb fb fb

Budak lelaki 7 tahun dikhuatiri lemas jatuh Sungai Batang Kali

(Mangsa dikenal pasti Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa berusia 7 tahun/FOTO Radio Bernama)

HULU SELANGOR, 6 Julai - Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali, berhampiran Desa Alam Ria, di sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa, berusia tujuh tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.15 malam.

"Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi dilakukan oleh anggota penyelamat menggunakan teknik 'water surface seaching' di laluan sungai, kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri terjatuh," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Wan Md berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bagaimanapun ditangguhkan pada 11.30 malam tadi.

Tambanya, operasi akan disambung semula pada pagi ini.

(Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi ini/FOTO BOMBA)

Media Baharu