(Jenazah Putri Alleya Maisarah Karim, 16, selamat dikebumikan 11.40 malam tadi)
KUANTAN, 6 Julai - Jenazah kelapan tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu, Putri Alleya Maisarah Karim, 16 tahun, selamat dikebumikan bersebelahan pusara ibu bapa dan lima beradiknya di Tanah Perkuburan Lepar Hilir 3, dekat sini, sekitar pukul 11.40 malam tadi.
Jenazah tiba di pekarangan Masjid Ubbudiyah Felda Lepar Hilir 3 kira-kira pada pukul 10.45 malam tadi untuk disembahyangkan.
Suasana pilu menyelubungi pengkebumian yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan Allahyarham.
Allahyarham Putri Alleya Maisarah ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 3 petang hari Isnin lalu di kawasan beting jeran terbabit.
Jenazah bapanya Karim Abdullah, 39, dan ibunya Azizah Eiyi, 40 serta lima adik-beradiknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad malam kelmarin.
Setakat ini, dua lagi mangsa masih belum ditemukan iaitu Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24 tahun.
BERITA BERKAITAN:
Tujuh jenazah mangsa tragedi kepala air disemadikan dalam satu liang lahat
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa lemas tragedi kepala air
Tragedi kepala air Jeram Mawar: Laporan awal bakal siap dalam masa terdekat
Tragedi kepala air: Radius pencarian mangsa diperluaskan
Dua maut, lapan masih hilang tragedi kepala air di Kemaman