fb fb fb fb fb

Budak jatuh sungai : Ciri-ciri keselamatan di Kinta Riverwalk, Ipoh dipertingkat

IPOH, 10 Mei- Ciri-ciri keselamatan kawasan operasi permainan bermotor di Amusement Park, Kinta Riverwalk akan dipertingkat.

Ia susulan insiden seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai, Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, perbincangan akan dilakukan bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berkaitan risiko-risiko keselamatan dan tindakan yang perlu diambil termasuk memasang pagar.

"Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku di laluan bahagian bawah yang tidak dibenarkan atas faktor keselamatan.

Ketika kejadian, terdapat 10 pekerja yang memantau keselamatan kawasan permainan itu dan kawalan terhadap kanak-kanak yang menaiki kenderaan mainan adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga," katanya.

(Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri)

Baru-baru ini, video insiden berkenaan tular di media sosial menunjukkan kenderaan mainan dinaiki seorang kanak-kanak telah terjatuh ke dalam sungai sebelum diselamatkan oleh ibu bapa mangsa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Media Baharu