fb fb fb fb fb

Nilai eksport minyak sawit negara cecah RM7.5 bilion

PUTRAJAYA, 10 Mei- Nilai eksport minyak sawit negara mencecah RM7.5 bilion pada Mac tahun ini.

Daripada nilai itu, Sabah mencatatkan eksport tertinggi iaitu sebanyak RM1.8 bilion diikuti Johor RM1.7 bilion dan Sarawak RM1.5 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah dagangan negara meningkat 27.3 peratus tahun ke tahun kepada RM236.6 bilion.

Manakala import meningkat 29.9 peratus kepada RM104.9 bilion.

"Antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 31.3 peratus," katanya menerusi kenyataan.

(Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan)

Bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 25.2 peratus, diikuti Pulau Pinang 22.4 peratus.

Media Baharu