fb fb fb fb fb

Budak 10 tahun maut lemas di Pantai Lutong

FOTO IPD MIRI

MIRI, 30 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut akibat lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Pantai Lutong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah, menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.36 petang.

Beliau berkata, mangsa merupakan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Lutong.

“Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan, namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya dalam kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE