fb fb fb fb fb

BPH pastikan pengurusan, penyelenggaraan kuarters kerajaan terus diperkasa

LABUAN, 11 Jun- Pengurusan kuarters kerajaan seluruh negara akan terus diperkasa termasuk melaksanakan penyelenggaraan berterusan bagi memastikan persekitaran kondusif kepada penghuni perumahan itu.

“Kita akan memastikan perumahan kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) JPM (Jabatan Perdana Menteri) diurus sewajarnya dan penyelengaraan dilaksanakan secara berkala,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) BPH Datuk Mohammad Ismail.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Perdana BPH di Kampung Layang-Layangan di sini hari ini.

Program setengah hari itu melibatkan Perbadanan Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penghuni kuarters kerajaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri
Datuk Mohammad Ismail (dua, kiri) turut serta pada Program Gotong Royong Perdana
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri dan Perbadanan Labuan
di Anjung Budaya Kampung Layang-Layangan hari ini / FOTO BERNAMA

Selain itu, Mohammad berkata permohonan pembinaan 250 unit rumah kuarters baharu untuk kakitangan Istana Negara dan Parlimen sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, di Jalan Ledang, Kuala Lumpur.

Beliau berkata pihaknya menyedari keluhan penjawat awam yang belum berjaya mendapatkan kelulusan untuk menghuni perumahan kerajaan di bawah BPH dan usaha sedang dijalankan untuk mengurangkan jangka masa menunggu menerusi pelan pembinaan kuarters baharu.

Media Baharu