fb fb fb fb fb

Bot terbakar, LKIM akan bantu nelayan terjejas

BALIK PULAU, 28 Mei- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan meneliti semua jenis bentuk bantuan kepada nelayan yang terjejas ekoran tujuh bot terbakar di Jeti Sungai Burung di sini, awal pagi semalam.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata pihaknya akan menyalurkan bantuan kepada nelayan terjejas akibat kebakaran tersebut.

Katanya, empat bot hangus 100 peratus dalam insiden tersebut.

"Sebuah bangsal dan sebahagian tiga lagi bot turut terbakar.

"LKIM akan meneliti bantuan-bantuan yang boleh disalurkan kepada nelayan terlibat.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini.


(Sebuah bangsal dan sebahagian tiga lagi bot turut terbakar)

Media Baharu