fb fb fb fb fb

Bot persiaran dinaiki warga NZ, Australia dan Indonesia ditahan

(Bot persiaran asing ditahan Maritim Malaysia di Mersing, Johor)

MERSING, 24 Jun- Sebuah bot persiaran asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Mersing di Pulau Tengah, di sini, semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot persiaran yang ditahan sekitar pukul 5.15 petang itu berdaftar di New Zealand.

Bot berkenaan dikendali pasangan suami isteri warga New Zealand dan Australia yang turut dinaiki tiga warga Indonesia.

Hasil pemeriksaan, mereka gagal menunjukkan dokumen bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia, selain tidak memaklumkan ketibaannya di negara ini.

Semua suspek berusia 39 hingga 74 tahun ditahan mengikut Seksyen 491B(1)(l)Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

(Bot persiaran asing ditahan Maritim Malaysia di Mersing, Johor)

Media Baharu