KUALA TERENGGANU, 16 Januari- Sebuah bot nelayan Vietnam bersama tujuh kru dan tekong ditahan.
Bot ditahan Maritim Malaysia pada kedudukan 135 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu ketika Op Naga Barat dan Kuda Laut dilaksanakan, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata sewaktu ditahan, bot berkenaan sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan cuba melarikan diri.
Hasil pemeriksaan, tekong bot gagal mengemukakan dokumen lesen yang sah.
Tekong dan enam kru yang juga warga Vietnam berumur antara 21 hingga 54 tahun didapati tiada dokumen pengenalan diri dan permit pekerja asing yang sah.
Bot, peralatan menangkap ikan serta 150 kilogram pelbagai jenis ikan, termasuk 100 liter diesel dirampas.
Nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM1 juta.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
(Foto Ihsan Maritim Malaysia)