fb fb fb fb fb

Bomba ambil masa 30 minit pujuk lelaki cuba bunuh diri

 

KLANG, 13 Februari- Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga India daripada cubaan membunuh diri di jambatan Jalan Kem, di sini pada Sabtu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis dalam kenyataannya berkata, seramai enam anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.40 malam.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian didapati lelaki itu sudah berada di atas penghadang jalan dan disyaki sudah bersedia untuk terjun ke dalam sungai.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pujukan selama 30 minit dan berjaya menyelamatkan lelaki itu daripada cuba membunuh diri.

“Lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media Baharu