BN fokus santuni rakyat, tawar dasar lebih baik – Pengerusi BN

Foto FB Zahid Hamidi.

JOHOR BAHRU, 14 Jun – Barisan Nasional (BN) akan terus memberi tumpuan kepada agenda utama membantu dan menyantuni rakyat serta menawarkan dasar yang lebih baik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan kepada seluruh jentera parti peringkat nasional dan negeri supaya mengambil pendekatan berbeza menghadapi PRN.
  • BN akan mengelakkan menyerang mana-mana pihak dan hanya memberi penjelasan jika diserang.
  • Pengerusi mengulas mengenai dakwaan serangan peribadi dan politik menjelang PRN Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah memberi arahan kepada seluruh jentera parti sama ada peringkat nasional dan negeri agar mengambil pendekatan yang berbeza dalam mendepani PRN kali ini.

“Seboleh mungkin, saya telah memberitahu seluruh jentera parti peringkat nasional dan Johor supaya BN mengambil pendekatan berbeza dalam menyantuni isu-isu rakyat dan menawarkan agenda yang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, BN juga akan sehabis baik mengelakkan dari mengambil pendekatan menyerang pihak tertentu sekiranya berdepan sebarang isu.

“Seboleh mungkin juga kita tidak mahu menyerang mana-mana pihak dan kita akan menjawab (memberi penjelasan) jika diserang tetapi tidak untuk menyerang mana-mana pihak,” jelas beliau lagi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengulas mengenai dakwaan kewujudan serangan peribadi dan parti politik menjelang bahang PRN Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.