fb fb fb fb fb

Biochar, kekal diguna sebagai bahan utama sektor pertanian - MOSTI

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang (dua dari kiri) merasmikan Persidangan Antarabangsa Persatuan Biochar Malaysia 2024 kali ke-2 di UPM

SERDANG, 13 Ogos- Kerajaan terus menyokong penggunaan Biochar sebagai bahan utama dalam sektor pertanian negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata bahan yang serba guna itu dapat membantu menangani beberapa cabaran global yang mendesak pada masa kini.

Selain itu, ia turut dapat mempromosikan amalan pertanian lestari sekali gus memenuhi visi negara mencapai tahap karbon sifar menjelang tahun 2050.

"Dengan memajukan teknologi Biochar, Malaysia menyasarkan untuk mencapai matlamat kelestariannya dan menyumbang dengan penuh makna terhadap inisiatif alam sekitar dan ekonomi global."

"Biochar mempunyai potensi besar dalam menangani isu-isu global ini dan boleh bertindak sebagai pemangkin dalam mencapai matlamat pembangunan lestari (SDGs)," kata Chang semasa berucap di Persidangan Antarabangsa Persatuan Biochar Malaysia 2024 kali ke-2 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Biochar adalah bentuk arang yang kaya karbon dan stabil yang dihasilkan daripada pirolisis bahan organik seperti kayu, sisa pertanian atau biomassa lain.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM