fb fb fb fb fb

Bilik gerakan akan diaktifkan, persediaan hadapi banjir

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 27 September - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Pusat sebagai persiapan menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku pada penghujung tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, digelar 'Big Ben', bilik gerakan itu mengguna pakai sistem kod amaran hijau, kuning dan merah, bagi mendapat maklumat keselamatan tepat semasa bencana.

"Apabila kawasan menjadi merah, mereka akan bekerja 24 jam, di beg ben itu, ada tempat katil apa semua di situ untuk memastikan, selepas itu kita akan sampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya, jika ada jalan runtuh dan sebagainya, kita akan salurkan maklumat, dan kita cari solusi untuk mereka melalui jalan lain", katanya.

Tambah beliau, pihaknya sedang memperhalusi anggaran kerosakan yang berlaku di Sabah, susulan banjir dan tanah runtuh yang berlaku baru – baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutup Projek Ideation Experience 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, hari ini.

Trainee