fb fb fb fb fb

Bilangan sungai tercemar berkurang- Nik Nazmi

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Bilangan sungai dalam kategori 'bersih' menunjukkan peningkatan daripada 408 pada 2019 kepada 486 tahun lalu.

Data tersebut menunjukkan perkembangan positif usaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam memelihara dan memulih kualiti air sungai.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bagi tujuan tersebut  kerajaan membelanjakan RM9.8 juta bagi menyokong usaha melestarikan kualiti air sungai.

Manakala bagi sungai yang berada di dalam kategori 'tercemar' pula, terdapat penurunan daripada 59 sungai pada tahun 2019 kepada 25 sungai pada tahun 2023.

"Kita dalam proses memperkasakan kuliti alams ekitar EQMP menerusi pembangunan pelan tindakan Pengawasan Alam Sekitar Kebangsaan 2024/2034 dan kita akan meningkatkan lagi keberkesanan Jabatan Alam Sekitar dengan proses pemerkasaan yang ingin kita mulakan pada tahun akan datang ini," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukan wakil Sungai Petani Dr. Mohammed Taufiq Johari di Dewan Rakyat.

Tambahnya, JAS sentiasa komited dalam mengawal pencemaran terhadap alam sekitar terutamanya melibatkan punca punca pencemaran.

Antaranya aktiviti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan atau kumbahan yang sempurna.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE