fb fb fb fb fb

Bilangan penduduk terjejas Terengganu berkurangan

KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu menunjukkan sedikit penurunan, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Menerusi kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri, ia melibatkan 38,574 orang daripada 104,0 093 keluarga membabitkan lapan daerah di 277 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Berbanding angka sebelum ini iaitu 40,453 penduduk melibatkan 11,167 keluarga di 286 PPS pada tengah hari tadi.

Daerah Kemaman masih lagi mencatatkan angka tertinggi iaitu seramai 9,068 orang daripada 2,430 keluarga yang ditempatkan di 27 PPS.

Diikuti Besut, 6,852 penduduk, Hulu Terengganu 6,070 orang, dan Dungun 5,158 orang.

(FOTO BERNAMA)

Manakala daerah Setiu 3,349 penduduk, Kuala Nerus 3,822 orang, Kuala Terengganu 2,668 orang dan Marang 1,387 orang.

Media Baharu