fb fb fb fb fb

Bilangan penderma organ di Kelantan paling rendah

KOTA BHARU, 15 Oktober - Kelantan mencatat kadar terendah penderma organ di seluruh negara, apabila hanya empat individu tampil menderma sejak tahun 2006.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, terbaharu pihaknya menerima penderma organ pada 19 Ogos lalu.

Pihaknya mengakui angka tersebut masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negeri lain.

(Dr Zaini bercakap kepada pemberita pada Karnival Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS),
Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Kelantan Sihat Tahun 2022
di reruai KELANTANfm, di sini )

"Pendermaan organ ini membantu mereka yang memerlukan organ seperti buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan sebagainya. Jadi di Kelantan memang
diakui terendah walaupun daripada segi bilangan ikrar untuk menderma organ adalah tinggi, tetapi mereka yang benar-benar menderma organ adalah rendah," kata Dr Zaini di sini.

Katanya, perlaksanaan karnival sedemikian bersesuaian dalam meningkatkan kesedaran rakyat Kelantan mengenai kepentingan menderma organ.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata antara faktor kekurangan penderma adalah kerana tidak mendapat persetujuan daripada keluarga terdekat untuk menderma organ sekiranya meninggal dunia.

Media Baharu