KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Bidang pengajian berkaitan kenderaan elektrik (EV) akan diperkenal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasakan Dasar Automotif Nasional.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata sebagai perintis, Kolej Vokasional (KV) Pengerang, Johor yang akan beroperasi pada tahun 2026.
Ketika ini, segala perancangan pra bina sedang dilaksanakan bagi memastikan kursus yang bakal ditawarkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
"Manakala elemen teknologi automatif hibrid dan EV serta teknologi robotik diterapkan dalam kokurikulum di 50 buah KV yang menawarkan program teknologi automatif yang pada ketika ini memang berupaya untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini," kata Lim ketika menjawab pertayaan wakil Wangsa Maju, Zahir Hassan di Dewan Rakyat di sini.
Dalam perkembangan lain, selaras dengan keperluan industri 4.0 juga, KPM komited memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) KPM memenuhi kehendak pasaran pekerjaan masa hadapan dengan memastikan kandungan kokurikulum diberi nilai tambah teknologi terkini.
Menyentuh mengenai Teknologi Kecerdasan Buatan (AI), Lim berkata memandangkan teknologi AI memberi potensi besar dalam dunia pekerjaan, kokurikulum berkaitan turut berteraskan teknologi tersebut.
"Elemen AI juga diterapkan dalam kokurikum di 23 buah KV menawarkan program teknologi sistem komputer dan rangkaian melalui pelaksanaan sistem rumah pintar. KPM yakin usaha yang dilaksanakan ini mampu meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini," katanya.
(Foto BERNAMA)