KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Seramai 1,187 peminjam telah menerima manfaat penjadualan semula bayaran balik pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sejak 2016 hingga kini.
Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata kaedah berkenaan dibuat ekoran projek perumahan lewat siap mahupun disahkan terbengkalai.
"Kaedah penjadualan semula bayaran balik dilihat lebih membantu peminjam berbanding pemberhentian bayaran balik sehingga rumah siap.
"Ini disebabkan oleh bayaran ansuran yang tertangguh akan menjadi terkumpul dan menyebabkan bayaran balik bulanan selepas rumah siap akan menjadi besar dan membebankan peminjam kelak.
"Pelanjutan tempoh bayaran balik pula akan menjejaskan perlindungan takaful atau insurans gadai janji peminjam yang mendedahkan kepada pengurangan jumlah bayaran tuntutan pampasan kematian atau keikhlatan berbanding baki pembiayaan sekiranya peminjam meninggal dunia," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sim menjawab pertanyaan Ahli Palimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor mengenai status pemotongan gaji oleh LPPSA sekiranya projek perumahan yang tidak siap.