fb fb fb fb fb

Bot karam: Seorang nelayan hilang, dua selamat di Perak

(FOTO BOMBA)

BAGAN DATUK, 11 Oktober- Seorang nelayan hilang, manakala dua lagi selamat selepas bot dinaiki karam di Kampung Pasang Api, Hutan Melintang, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 1.12 pagi.

Setibanya di lokasi, bomba mendapati sebuah bot telah karam di sungai dan tiga nelayan terlibat dalam kejadian itu.

Dua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala seorang lagi mangsa berusia 40-an masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini menggunakan bot bersama Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan Pasang Api menghala ke Beting Beras Basah.

(FOTO BOMBA)

Media Baharu