fb fb fb fb fb

'Best Wey', slogan baharu promosi Langkawi - LADA

KUALA LUMPUR, 3 September- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) meningkatkan identiti jenama Langkawi melalui beberapa usaha strategik untuk tujuan promosi dan penjenamaan bagi pasaran domestik.

Antaranya ialah memperkenalkan slogan domestik baharu iaitu 'Best Wey' dan video rasmi Langkawi yang lebih moden.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Mutalib, inisiatif yang dilaksanakan itu seiring dengan zaman kini selain dapat menarik minat generasi muda.

"Dengan pemilihan slogan baharu ini, kita percaya Langkawi mampu menjadi destinasi pilihan di Malaysia pada masa sama kita akan terus mempromosi supaya ramai pelancong antarabangsa masuk ke Langkawi," kata Nasaruddin dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan Matta Fair 2022 di Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut yakin sektor pelancongan negara akan pulih dengan lebih cepat dari jangkaan memandangkan banyak negara telah melonggarkan peraturan pelancongan.


(Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Mutalib)

 

Media Baharu