(Datuk Dr. Mohd Na'im ditemu bual semasa melakukan lawatan mengejut ke Bangunan TH,
bagi meninjau proses pengurusan dokumentasi jemaah haji 1444 Hijriah)
KUALA LUMPUR, 19 Mei- Pastikan urusan haji jemaah berjalan lancar.
Lembaga Tabung Haji menetapkan petugasnya bekerja 24 jam dengan sistem penggiliran, kata Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar.
Ia khusus bagi menyelesaikan pelbagai isu dihadapi jemaah haji, terutamanya berkaitan pasport dan visa.
"Saya rasa yang paling penting ialah nampak macam mana sukarnya dan betapa komitednya warga kerja tabung haji ini dalam menguruskan visa memastikan permohonan jemaah haji untuk mendapatkan visa berjalan dengan lancar.
"Kita tengok ada permohonan kita nampak macam mudah tapi bila kita melibatkan dua negara antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Saudi di situ kita nampak cabaran," kata Mohd Na'im semasa melakukan lawatan mengejut ke Bangunan TH, bagi meninjau proses pengurusan dokumentasi jemaah haji 1444 Hijriah.
(Datuk Dr. Mohd Na'im bekata Lembaga Tabung Haji menetapkan petugasnya bekerja 24 jam
dengan sistem penggiliran)