(Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji)
PUTRAJAYA, 19 Mei- Malaysia dan China bersetuju mempertingkat kerjasama bawah Inisiatif Jalur dan laluan (BRI) khususnya dalam projek Taman Perindustrian Berkembar, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV).
Kedua-dua negara juga berkongsi persefahaman dalam konsep Madani serta nilai-nilai yang membawa manfaat bersama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.
Mesyuarat selama sejam di Perdana Putra itu diadakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zhao ke Malaysia bermula semalam.
Dalam kenyataannya, Perdana Menteri menegaskan cadangan penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF) adalah selari dengan aspirasi masa hadapan ekonomi serantau yang lebih kukuh.
"Malaysia merupakan negara ASEAN pertama yang dikunjungi Zhao selepas menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC China ke-14," menurut kenyataan itu.
(Mesyuarat selama sejam di Perdana Putra itu diadakan sebagai sebahagian daripada
lawatan kerja tiga hari Zhao ke Malaysia bermula semalam)