fb fb fb fb fb

Berkesan dalam pengurusan sistem keselamatan, permintaan SHASSIC meningkat

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Program Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan, SHASSIC, terbukti berkesan dalam pengurusan sistem keselamatan dan kesihatan tapak bina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia dilihat menerusi  permintaan bagi penilaian SHASSIC yang semakin meningkat.

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, sejak SHASSIC dilancarkan pada tahun 2008 didapati permintaan bagi penilaian SHASSIC ini semakin meningkat. Pada tahun 2019 (sebelum Pandemik Covid 19) sebanyak 352 projek telah dinilai berbanding tahun 2016 hanya 112 projek dinilai. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 214%.

"Sehingga kini CIDB telah menilai 1,414 projek.Pada tahun 2019, 58 projek yang telah dianugerahkan 5 bintang berbanding 48 projek pada tahun 2016. Ini adalah peningkatan sebanyak 21%. Sehingga Disember 2021, 348 projek telah mendapat 5 bintang," katanya.

SHASSIC merupakan salah satu program di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Tujuan SHASSIC dibangunkan adalah untuk membimbing industri di dalam mentadbir keselamatan dan kesihatan pembinaan melalui penilaian yang berterusan.

Datuk Seri Fadillah menjawab pertanyaan Senator Nuridah Mohd Salleh.


(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof)

Media Baharu