fb fb fb fb fb

Beri ruang badan penguat kuasa laksanakan tugas dengan telus

PETALING JAYA, 6 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta segelintir pemimpin politik untuk tidak lagi menggunakan alasan agama dan bangsa bagi menghalang kerajaan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau menegaskan, adalah lebih baik sekiranya pihak terlibat memberi ruang kepada anggota penguat kuasa menjalankan tugas mereka dengan tegas dan telus.

"Saya membuat seruan ini kerana memberikan alasan rasuah agama untuk penyalahgunaan kuasa. Islam juga tegas menolak tindakan tersebut.

"Gesaan saya kepada semua pihak supaya beri ruang kepada badan perundangan ini bertindak dengan tegas untuk menjalankan dan menyempurkanan tugas mereka," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pimpinan PKR di sini hari ini

Perdana Menteri turut menekankan, tindakan membekukan akaun bagi sebuah parti politik bukanlah amalan baru yang dilakukan sekiranya terdapat keraguan.

Untuk itu, beliau mahu pemimpin terlibat tidak mengganggu siasatan anggota penguat kuasa dan bersedia dengan penjelasan berkaitan perkara berkenaan sekiranya ia diperlukan.

SPRM membekukan beberapa akaun milik pemimpin terlibat baru-baru ini untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

(Anwar Ibrahim pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pimpinan PKR)

Media Baharu