fb fb fb fb fb

Benteng takungan air di Taman Seri Alam pecah - Bomba

FOTO JBPM SELANGOR

SHAH ALAM, 29 Disember- Benteng takungan air bersebelahan Taman Seri Alam di Saujana Utama dekat Sungai Buloh, Petaling Jaya dilaporkan pecah dan melimpah ke seluruh taman perumahan itu petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar bagaimanapun berkata tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.15 petang.

"Susulan itu, seramai lima pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di kawasan itu, didapati paras air di kawasan taman berkenaan adalah pada ketinggian satu kaki.

"Ekoran itu, kerja-kerja pemindahan mangsa yang terjejas telah dijalankan bersama PBS Saujana Utama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata ketika ini air telah surut namun kerja pemantauan sedang dilakukan.

SITI AISHAH MD ISA