fb fb fb fb fb

Fahmi ziarah Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kerinchi

FOTO FACEBOOK Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkesempatan menziarahi Pengerusi Persatuan Penduduk Blok C PPR Kerinchi, Yusoff Ibrahim di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu dikongsikan oleh Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menerusi Facebooknya malam ini.

Beliau memaklumkan pengerusi persatuan penduduk itu menjalani pembedahan kecil di PPUM semalam dan kini dalam proses pemulihan.

"Hj Yusoff baru selamat jalani pembedahan kecil semalam – syafakallah, semoga diberi kesembuhan dan cepat pulih," ujar Fahmi.

SITI AISHAH MD ISA