fb fb fb fb fb

Benih padi Nuklear NMR152 bantu perkukuh sekuriti makanan negara

Exco Sains Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan/FOTO RTM

BANDARAYA MELAKA, 27 Oktober -Penggunaan teknologi nuklear bagi penghasilan Benih Padi NMR152 mampu membantu memperkukuhkan sekuriti makanan negara .

Exco Sains Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata ia dibuktikan dengan penggunaanya di Melaka yang dilihat mampu memberi hasil pulangan yang lebih tinggi kepada para pesawah dan petani.

Tambah Fairul Nizam,benih padi tersebut bukan sahaja tahan dari serangan penyakit malah lebih cepat matang.

“Penghasilan beras ini sudah ada di Melaka di Serkam.

"Dari segi jangka panjang, beras tersebut tahan serangan penyakit dan dapat menjamin kadar bekalan beras dalam negara kita pada tahap yang baik", jelas Fairul ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Promosi Bersasar (Technology Preview and Showcase) TPS Siri 3 di sini.

Benih Padi NMR152 yang telah dibangunkan Agensi Nuklear Malaysia membuktikan teknologi nuklear memainkan peranan besar dalam penambahbaikan hasil tanaman di negara ini.

Dalam pada itu, Datuk Fairul , turut berharap Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) dapat berkolabrasi dengan Agensi Nuklear Malaysia bagi menjalankan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui program Ujian Tanpa Musnah (NDT).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD