DUNGUN, 28 Julai- Peluang pekerjaan yang lebih luas ditawarkan kepada golongan belia jika Kerajaan Perpaduan berjaya merampas pentadbiran di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jaminan itu diberikan dengan mengambil kira peratusan tinggi melibatkan golongan tersebut.
"Kalau kita lihat, kumpulan belia merupakan 30 peratus daripada penduduk di negara ini. Kalau kita campurkan mereka yang berumur 31 hingga 40 tahun, ia lebih besar dan lebih daripada 51 peratus berada dalam lingkungan umur 40 tahun ke bawah. Ini adalah aset negara. Saya yakin jika pentadbiran kerajaan Terengganu berubah selepas 12 Ogos ini, saya hampir pasti dan saya akan pantau bahawa pemimpin kita yang akan mengambil alih kerajaan Terengganu pasti akan memberikan keutamaan kepada golongan belia untuk diberikan peluang kerjaya yang lebih besar lagi," katanya ketika berucap pada program Himpunan Lestari Generasi Unggul di Kompleks Sukan Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini.
Pada program itu beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM149.3 juta bagi pelaksanaan tiga projek pembinaan jalan baharu, naik taraf jalan dan penggantian jambatan serta pembinaan sistem retikulasi bekalan air luar bandar di Terengganu.
Sementara itu katanya, bagi memperkasakan kemajuan belia dan beliawanis di Terengganu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju memperuntuk geran tambahan sebanyak RM100 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
(Pada program itu beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM149.3 juta
bagi pelaksanaan tiga projek pembinaan jalan baharu, naik taraf jalan dan
penggantian jambatan, serta pembinaan sistem retikulasi bekalan air
luar bandar di Terengganu.)