(Foto MAJLIS AMANAH RAKYAT)
DUNGUN, 28 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberi amaran terhadap barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk tidak mengambil hasil bumi sewenang-wenangnya.
Menurut Anwar, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan melucutkan jawatan mereka jika didapati bersalah.
Tambahnya, Kerajaan Perpaduan hari ini di bawah pimpinannya kekal mengamalkan tadbir urus untuk cerminan rakyat.
"Saudara, rakyat harus tahu mengapa kita minta memberi kerjasama kepada kerajaan, apa bezanya dengan yang lalu, beza terbesar ialah bahawa kerajaan ini tidak mengizinkan mana-mana menteri atau pemimpin kerajaan mengambil satu inci tanah kerajaan atau satu ekar balak dilarang sama sekali, kalau berlaku itu mereka akan tersingkir daripada jawatan mereka," katanya selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Kompleks Sukan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Ketengah, Datuk Seri Dr Ahmad Said.
(Foto MAJLIS AMANAH RAKYAT)