KUALA TERENGGANU, 25 Mei - Golongan belia khususnya Terengganu disaran merebut peluang menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Pengarah Pembangunan Persekutuan Terengganu Datuk Abdul Kahar Abdul Latif berkata, belia sebagai generasi pelapis perlu meningkatkan kemahiran dalam pelbagai kursus yang ditawarkan dalam bidang transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Sehubungan itu katanya, Jabatan Belia dan Sukan negeri wajar mempergiatkan kempen dan program promosi bagi menarik minat anak muda terhadap bidang tersebut.
"Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program, daripada segi komitmen kita sendiri kita buat melalui kempen daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Saya fikir sudah tentu dapat memberi semangat kepada belia kita memberi motivasi kepada mereka untuk melibatkan diri dalam program TVET," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majkis Sambutan Hari Belia Negara, di sini.
Tambah Datuk Abdul Kahar belia sebagai generasi pelapis perlu meningkatkan kemahiran dalam pelbagai kursus yang ditawarkan dalam bidang transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Mereka juga perlu mempelajari kemahiran baharu supaya releven dengan tuntutan semasa menerusi pelbagai platform pembelajaran yang disediakan kerajaan.