KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Golongan belia terutama anak Sarawak diseru untuk memberikan komitmen dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu berikutan golongan berkenaan bukan sekadar menguasai ilmu pengetahuan, malah perlu mempunyai jati diri yang kukuh.
"Bagaimana asal usul kita, itu yang sebenarnya membawa kita pada masa kini dan jangan lupa bahawa apa yang ada ini adalah hasil daripada perjuangan-perjuangan pemimpin yang lepas dan pemimpin masa kini.
"Apa yang telah mereka bangunkan, diibaratkan membina sebuah rumah. Sebuah rumah yang sudah sempurna perlu kita jaga, yang perlu kita kukuhkan," katanya.
Beliau yang juga Penaung Sarawak Volunteers, berucap dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) di ibu negara.