fb fb fb fb fb

Belanjawan Johor 2024, isu keterjaminan makanan antara tumpuan utama

(FOTO BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 20 Oktober - Belanjawan Johor 2024 yang dijangka dibentang pada 23 November depan bakal memberi tumpuan kepada pelbagai aspek termasuk soal sekuriti makanan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tumpuan tersebut terarah ekoran perubahan iklim yang berlaku ketika ini.

Katanya, kerjasama dengan kerajaan persekutuan turut dilipat ganda bagi memastikan Johor dapat dijadikan pusat bank makanan.

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi / FOTO BERNAMA)

"Kita juga lihat kepada macam mana kita hendak membantu dari segi sekuriti makanan kerana dalam keadaan perubahan iklim dan sebagainya, kita berpendapat bahawa perkara ini tidak akan hilang, ia akan berterusan, jadi kerajaan negeri akan terus berusaha dengan kerajaan Persekutuan untuk memastikan johor dapat dijadikan kawasan bank makanan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan Program Jualan Rahmah di perkarangan parkir kereta Hospital Sultan Ismail, di sini.

Tambah Onn Hafiz, satu pertemuan akan diadakan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu minggu depan bagi membincangkan mengenai bank makanan tersebut.

Media Baharu