PARIS, 20 Oktober - Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin menuduh bintang bola sepak Perancis, Karim Benzema mempunyai hubungan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin selepas pemain itu menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza.
"Kami menyerang kumpulan tersebut,Ikhwanul Muslimin kerana mencipta persekitaran 'Jihadisme' seperti yang dikatakan Gilles Kepel," kata Darmanin, merujuk kepada saintis politik itu.
Berikutan dakwaan tidak berasas Darmanin, Senator Perancis Valerie Boyer, naib presiden Parti konservatif, Les Républicains menggesa untuk kerakyatan Benzema sebagai warga Perancis dilucutkan.
"Sekiranya kenyataan Menteri (Darmanin) adalah benar, kita perlu mempertimbangkan sekatan terhadap Karim Benzema,” kata Boyer di aplikasi media X.
Boyer turut mencadangkan penarikan balik anugerah Ballon d'Or yang dimenangi oleh Benzema pada 2022.
Menurutnya, penarikan balik anugerah berkenaan boleh menjadi hukuman pertama buat pemain itu disamping pelucutan kewarganegaraan sebagai tindakan kedua terhadap pemain kacukan Perancis-Algeria itu.
Benzema menyatakan sokongannya kepada rakyat Palestin pada Ahad yang meyaksikan pembunuhan sekurang-kurangnya 3,500 rakyat Palestin.
Benzema 35 yang memuat naik kenyataan di X berkata "Semua doa kami adalah untuk penduduk Gaza yang sekali lagi menjadi mangsa pengeboman yang tidak adil ini, yang tidak menghiraukan wanita atau kanak-kanak," katanya.
Sebagai tindak balas kepada tuduhan Menteri Dalam Negeri Perancis itu, peguam Benzema, Hugues Vigier berkata Tuduhan itu adalah palsu.
“Ini adalah palsu. Karim Benzema tidak pernah mempunyai hubungan sedikit pun dengan organisasi (Ikhwanul Muslimin).
"Tiada belas kasihan dengan apa yang disifatkan ramai hari ini sebagai jenayah perang yang dilakukan di Gaza, tetapi yang tidak mengurangkan tindakan pengganas pada 7 Oktober, sesuatu yang tidak terbuka untuk perbincangan", Kata Vigier.
Peguam itu menambah bahawa dia turut merancang untuk memfailkan aduan terhadap Darmanin atas komennya yang tidak berasas itu-www.middleeastmonitor.com
(FOTO https://twitter.com/Benzema)