Belanjawan 2027 dijangka dimuktamadkan pertengahan Ogos – Akmal

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 10 Ogos – Belanjawan 2027 dijangka dimuktamadkan pada pertengahan bulan ini dengan penekanan kepada usaha memperkasakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), pembangunan infrastruktur serta pertumbuhan industri bernilai tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyediaan belanjawan mengambil kira keperluan peruntukan baharu serta projek sedang dilaksanakan dan projek sambungan.
  • Keperluan semasa bagi kemudahan dan kesiapsiagaan agensi sentiasa diambil kira dalam penyediaan belanjawan.
  • Belanjawan disusun untuk menyelaraskan keperluan pembangunan negara dengan agenda pertumbuhan ekonomi serta pelaksanaan projek.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, penyediaan belanjawan itu turut mengambil kira keperluan peruntukan baharu selain projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dan projek sambungan.

“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh infrastruktur serta mempercepatkan pembangunan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

“Selain memastikan keperluan semasa dari segi infrastruktur, kemudahan dan kesiapsiagaan agensi sentiasa diambil kira, pembangunan 2027 memang kita lihat ke arah memperkasakan Rancangan Malaysia Ke-13,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Projek Rintis Bakat STEM di sini, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, penyediaan Belanjawan 2027 juga akan memastikan keperluan pembangunan negara dapat diselaraskan dengan agenda pertumbuhan ekonomi serta pelaksanaan projek yang dirancang di bawah RMK-13.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.