fb fb fb fb fb

Belanjawan 2026: Liputan jalur lebar diperluas ke 2,700 lokasi baharu bawah JENDELA 2

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Liputan jalur lebar diperluas menerusi projek JENDELA 2 ke 2,700 lokasi baharu dengan peruntukan RM780 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan komited untuk mempertingkatkan ketersambungan akses internet di seluruh negara, tahun depan.

Bawah 'Tekad Enam: Merapat Kesenjangan, Mencipta Peluang' sebanyak RM770 juta diperuntukkan bagi melaksanakan baki Point of Presence (PoP) Fasa 2 berhampiran kawasan perindustrian dan sekolah terpilih di desa dan pedalaman.

Berikutan peralihan kepada modal dwirangkaian 5G, kerajaan juga komited memastikan kedua-dua rangkaian akan mencapai liputan 80% menjelang 2026.

Serta, menawarkan rakyat dan perniagaan internet berkelajuan tinggi dan mampu milik.

EMMI NORALIZA ADNAN