ISKANDAR PUTERI, 20 September - Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada Oktober ini, merangkumi strategi menarik pelaburan, menggalakkan automasi, pendigitalan dan mencipta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, fokus itu telah dicadangkan kepada Kementerian Kewangan, untuk diperhalusi dalam belanjawan negara.
Matlamat utama adalah menjadikan negara sebagai ekonomi berteraskan teknologi, berdaya saing serta berorientasikan inovasi dan harta intelek tempatan.
"Hala tuju kerajaan sangat jelas. Kita mahu peluang pekerjaan yang lebih dan pada masa sama, menarik lebih banyak syarikat yang melakukan peningkatan teknologi. Kita sering melihat diri kita sebagai sebuah negara perdagangan, tetapi dalam tahun-tahun mendatang, kita mahukan lebih daripada itu",
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Good Jobs 2.0, di EduCity, Iskandar Puteri, Johor.
Belanjawan 2026 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober ini.