REMBAU, 22 Ogos- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengharapkan peruntukan tambahan lebih baik pada Belanjawan 2025.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya akan membentangkan cadangan dan inisiatif baharu termasuk memperkasakan kumpulan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk dipertimbangkan Kementerian Kewangan.
"Ia mengambil kira keperluan dan cadangan pemegang taruh kita.
"Kalau kita diperkukuhkan sebagaimana kita buat Bubbles O2 yang sudah menembusi pasaran antarabangsa.. saya percaya lebih banyak lagi perusahaan PMKS ini dapat kita bangunkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Pengilangan Baharu Bubbles O2 Sendirian Berhad di sini.
Pada Belanjawan 2024 KUSKOP menerima peruntukan sebanyak RM788.8 juta.