(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kerajaan bersetuju agar liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000.
Ia selaras dengan pindaan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi sektor swasta.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikan had siling gaji itu membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta.
"Penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas," kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.
(Foto BERNAMA)