fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: RM2,000 untuk penjawat awam, RM1,000 pesara - Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Sementara itu,  RM1,000 juga akan diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) termasuk seluruh anggota beruniform seperti polis, bomba, tentera dan angkatan bersenjata.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bayaran insentif 1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

"Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

"Kerajaan menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

"Tahun hadapan, kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah," kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kedua di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan sedang menyemak semula semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.


(Foto BERNAMA)

 

 

Media Baharu