KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Kerajaan memperuntukan RM150 juta bagi menyelenggara dan membaiki tandas awam di 150 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara melalui Belanjawan 2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu adalah tekad kerajaan dalam membela nasib rakyat khususnya bagi membaik pulih tandas-tandas awam seluruh negara.
Dalam pada itu juga, projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah seluruh negara juga akan siap sepenuhnya pada tahun ini juga.
"Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak-anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur," katanya membentangkan Belanjawan MADANI 2024, di Dewan Rakyat hari ini.