fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Lebih peruntukan kepada TVET

ALOR SETAR, 10 Oktober- Pembentangan Belanjawan 2024 diharapkan memberi lebih banyak peruntukan kepada agensi kerajaan yang menyediakan Pendidikan Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan kemasukan bidang kemahiran.
 
Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara Ts Ahmad Hamdi Ibrahim berkata, sebagai agensi kerajaan yang menyediakan platform tersebut, lepasan institut kemahiran itu telah terbukti melahirkan pekerja yang memenuhi pasaran industri dan berpendapatan tinggi.

Terdapat 17,000 pelatih GiatMara sepenuh masa dan jangka pendek tahun ini dan jika dilihat pengambilan baharu jumlah pelajar bertambah ramai kerana ramai menjadikan TVET sebagai laluan  kerjaya.

"Insya-Allah kita di GiatMara sangat mengharapkan supaya ada peruntukan yang lebih besar untuk diberikan bagi laluan TVET ini. Ia disebabkan golongan belia mempunyai kemahiran yang sangat baik dan mereka mempu untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

"Kita yakin dengan kemahiran yang diperolehi golongan ini, ia boleh digilap dan memajukan negara," katanya dalam sidang media selepas majlis Gradusi GiatMara Malaysia ke-36 bagi Zon Utara di sini.

Majlis graduasi itu melibatkan 713 graduan dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
 
Ahmad Hamdi berkata terdapat ramai lepasan GiatMara yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta menjadi usahawan selain bekerja dalam sektor berkaitan.
 
GiatMara turut menawarkan kursus baharu yang terdapat di Zon Utara antaranya Kursus Penyelenggaraan Jentera Pertanian di Kuala Kedah dan Kursus Family Care Services di GiatMara Jelutong, ia bagi memastikan kursus yang ditawarkan di institusi itu relevan dengan perkembangan semasa.

 
(Ahmad Hamdi Ibrahim)

Media Baharu