fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: KKM terima peruntukan RM41.2 bilion

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peruntukan sebanyak RM41.2 bilion.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan terbesar berbanding kementerian lain.

Datuk Seri Anwar dalam ucapannya di Dewan Rakyat berkata, daripada jumlah itu, "RM.5.5 bilion daripadanya adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin."

Bagaimanapun Malaysia masih belum memenuhi nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit.

Bagi memenuhi ketercapaian itu beberapa projek pembangunan baharu akan mula dilaksanakan antaranya Kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kota Tinggi dan lima buah klinik baharu di Rantau, Negeri Sembilan; Kuala Tahan (Pahang); Kuala Jengal (Terengganu) serta Pulau Mantanani (Sabah).

Sementara itu untuk mengawal kesesakan di hospital KKM, kerajaan akan mempertingkat kerjasama dengan bekerjasama dengan hospital tentera, universiti dan swasta.

(Datuk Seri Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024/Foto BERNAMA)

Kerajaan Perpaduan juga akan menaik taraf klinik-klinik daif dengan "RM300 juta disediakan untuk membaik pulih 400 buah klinik uzur yang masih mempunyai struktur kayu dan pendawaian usang.

"Perolehan peralatan perubatan di hospital KKM turut menerima sebanyak RM766 juta bagi menggantikan peralatan yang Beyond Economic Repair (BER) selaian memastikan kesediaan perkhidmatan kesihatan dalam memberi repsons kepada panggilan kecemasan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini.

Setakat ini hanya tiga peratus klinik kesihatan dalam negara dilengkapi rekod kesihatan digital, sehubungan itu sebanyak RM150 juta disediakan untuk menyenggara sistem teknologi maklumat bawah KKM termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 buah klinik kesihatan.

Sebagai langkah membendung risiko kesihatan, kerajaan turut mengenakan duti eksais ke atas produk tembakau kunyah pada kadar lima peratus ditambah RM27 bagi sekilogram.

Selain itu, kadar duti bagi minuman bergula turut dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter dan hasil duti eksais itu akan disalur semula khusus bagi merawat penyakit kencing manis serta menyokong pusat dialisis.

Dalam belanjawan kesihatan juga tidak mengenepikan rakyat kerana skim mySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi.

Skim Perubatan MADANI itu akan diperluas ke seluruh negara yang akan memberi manfaat kepada 700,000 rakyat dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

 

Media Baharu