fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Kerajaan komited tambah baik infrastruktur penduduk desa

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Bagi merapatkan kesenjangan antara wilayah, penambahbaikan infrastruktur penduduk desa akan terus diberi keutamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini, berkata kerajaan akan memperuntukkan RM1.63 bilion bagi membina dan menaik taraf jalan di kampung dan desa.

Ini termasuk di Bachok Kelantan, Tambun Tulang di Perlis dan Kuala Lukut ke Chuah Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Kedua; Kerajaan juga akan menyediakan RM939 juta untuk bekalan air kepada 5,150 buah rumah dan bekalan elektrik kepada 2,200 buah rumah.

"Ketiga; RM134 juta bagi memasang 60,000 unit lampu jalan kampung dan menyelenggara lebih 500,000 unit lampu jalan kampung.

"Keempat; RM57 juta untuk melaksanakan 115 projek termasuk 54 projek baharu naik taraf jambatan uzur dan bina jambatan baharu.

"Dan kelima; RM100 juta bagi menaik taraf, membina dan membaik pulih kemudahan asas seperti dewan, balai raya, dataran kejat serta laluan berbumbung di kawasan desa dan pedalaman di bawah Projek Ameniti Sosial," katanya.

rtm
(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan tiba untuk
membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini/FOTO BERNAMA)

 

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat" memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion khusus untuk meningkatkan taraf ekonomi dan rakyat di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2024 merupakan belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.



 

Media Baharu