fb fb fb fb fb

Bekas ADUN Sanglang cedera dipukul di masjid

(Insiden berlaku di Masjid Alwi di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi)

KANGAR, 3 Februari- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera selepas diserang lelaki dipercayai mengalami masalah mental.

Insiden berlaku di Masjid Alwi di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Mangsa, Datuk Md. Zain Hamzah, 88 tahun mengalami kecederaan di kepala selepas dipukul lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop, mangsa didatangi lelaki itu dalam masjid dalam keadaan mengamuk.

"Mangsa diserang dan dipukul sehingga jatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian sebelah kanan kepala. Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah bagi mendapatkan rawatan,"katanya kepada pemberita di sini.

Polis bertindak menahan seorang lelaki berusia 65 tahun itu di dalam masjid berkenaan dan motif serangan sedang disiasat.

Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


(Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan kecederaan)

Media Baharu