fb fb fb fb fb

Bekas ADUN Cheka antara 288 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Lee Ah Wong pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR, 4 Januari - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Lee Ah Wong.

Beliau mendahului senarai 288 penerima pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Baginda turut berkenan mengurniakan JMN kepada 31 penerima lain termasuk Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada 33 penerima.

Selain itu Baginda turut berkenan mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 52 penerima, Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 108 penerima dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 63 penerima.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN