fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Johor meningkat kepada 522 orang

Keadaan banjir di Johor

 JOHOR BAHRU, 4 Januari- Jumlah penduduk terjejas di Johor terus meningkat kepada 522 orang daripada 330 keluarga, setakat 4.00 petang.

Sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka melibatkan empat daerah terjejas iaitu Johor Bahru, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, di Johor Bahru, dua PPS dibuka menempatkan seramai 367 penduduk terjejas di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya, manakala PPS Dewan Kampung Sungai Tiram menempatkan 41 penduduk.
 
Di Mersing, PPS Sekolah Kebangsaan Air Papan menempatkan 54 penduduk daripada 15 keluarga, manakala PPS Sekolah Kebangsaan Tenglu, terdapat tiga penduduk terjejas daripada dua keluarga. 
 
Sementara itu, di Kluang, PPS Dewan Majlis Perbandaran Kluang, Kahang menempatkan 57 penduduk terjejas daripada 17 keluarga. 
 
Data tiga PPS lagi di Kota Tinggi juga sedang dikemaskini
 
Tiga laluan di Mersing iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru-Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemalung turut terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. 
 
Manakala empat laluan di Kota Tinggi hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja. 

ROSLINA BINTI DIN