fb fb fb fb fb

Bekalan telur ayam cukup di seluruh negara

KOTA KINABALU, 8 April- Bekalan telur ayam adalah mencukupi di seluruh negara, khususnya sepanjang bulan Ramadan hingga Hari Raya Aidilfitri.

Hanya beberapa kawasan di Pahang dilaporkan mengalami kekurangan bekalan berdasarkan laporan diterima Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) setakat ini. 

Hasil siasatan mendapati, antara faktor penyebabnya ialah kaedah agihan bekalan telur ayam.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin memaklumkan, kementerian telah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melakukan intervensi pasaran bagi memastikan kekurangan bekalan telur dapat dibendung.

"Ada tempat yang ada pengeluar telur dan ayam, ada tempat yang tidak ada," katanya.

Antara inisiatif KPKM mengatasi isu kekurangan bekalan adalah membuat pembelian terus daripada pengusaha dan petani melalui FAMA yang kemudian akan diagihkan melalui kedai-kedai milik KPKM seperti Agro Bazar.

(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Chan Foong Hin)

Kerajaan juga membawa baka ayam mencukupi sebulan lebih awal dalam usaha memastikan bekalan mencukupi ketika perayaan ini.

Tambah beliau, kekurangan telur Gred A hingga Gred D yang merupakan barang di bawah kawalan harga berbanding telur Omega dan Selenium, ia berlaku kerana terdapat pengusaha mengurangkan pengeluaran bekalan kerana timbul kerisauan berhubung subsidi.

Beliau ditemui RTM selepas Majlis Semarak Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Media Baharu