fb fb fb fb fb

Program Singgah Sahur beri penghargaan, sokongan moral kepada polis

RANTAU, 8 April- Program Singgah Sahur Bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Negeri Sembilan dihadiri oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof

Beliau menyantuni dan bersahur bersama warga Balai Polis Mambau, Kuala Sawah dan Rantau.

Program tersebut bertujuan memberi penghargaan dan sokongan moral kepada mereka yang berkorban masa dan tenaga dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan ‘juadah sahur’ PERKEP Negeri Sembilan kepada semua petugas-petugas di Ibu Pejabat Polis (IPK) Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.

(Foto fail)

Program diakhiri dengan sesi bersahur dan solat Subuh bersama pelajar Tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah, Kuala Sawah.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan,Senior Asisten Komisioner, Abd Khalid Othman.

Media Baharu