fb fb fb fb fb

Bekalan ikan seluruh negara mencukupi

KOTA TINGGI, 19 Oktober - Jabatan Perikanan Malaysia memberi jaminan bahawa bekalan ikan seluruh negara mencukupi untuk menampung keperluan pengguna sepanjang musim tengkujuh nanti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Sufian Sulaiman berkata ia sekali gus menafikan dakwaan berlaku kekurangan ikan susulan musim tengkujuh.

Bekalan ikan mencukupi itu dibantu oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan stok-stok tersedia sepanjang tempoh itu.

(Mohd Sufian ditemui pemberita dalam sidang media)

"Kita telah maklum kepada penternak terutama penternak kolam dan penternak sangkar supaya bersedia.

"Ternakan ikan..udang yang sedia untuk dikeluarkan perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan kerugian, jadi stok akan ada," kata Mohd Sufian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil MyGap Hatceri Sekolah Pertama Dibawah Jabatan Perikanan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas, di sini.

Sekolah itu diiktiraf sekolah pertama di Malaysia yang menerima pensijilan MyGAP bagi pusat penetasan atau hatcheri pembenihan ikan air tawar.

Media Baharu